MaNIS merupakan sebuah sistem pangkalan data yang diwujudkan bagi memudahkan pengumpulan data untuk tujuan analisis agar dapat membantu pihak Kementerian merangka program yang berkesan dalam menangani isu sosial.
Data dan maklumat yang dipamerkan dalam sistem ini adalah merujuk kepada maklumat berkenaan kumpulan sasar KPWKM sahaja.
Pembangunan sistem MaNIS telah dilancarkan semenjak tahun 2011 di bawah nama SPDIIS (Sistem Pengumpulan Data Isu-isu Sosial) dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia.
Objektif Manis
- Menyediakan platform untuk pengumpulan maklumat-maklumat dan data-data berkaitan kumpulan sasar KPWKM
- Membantu KPWKM membuat analisis dan merancang dasar, polisi serta program-program yang bermutu.
- Memudahkan pihak pengurusan tertinggi melihat sesuatu isu sosial berdasarkan pemetaan sosial.
- Memudahkan capaian bahan-bahan isu-isu sosial seperti maklumat statistik, data, laporan dan sebagainya.
- Memudahkan pihak Kementerian dan Agensi membuat kajian atau soal selidik seterusnya membuat analisis terhadap kajian tersebut.